Popular Posts

Tuesday, January 22, 2013

kakak

kakak,

aku ada hanya seorang kakak,
kasih penat lelahmu tak pernah aku lupa,

jerihmu dalam menjaga kami tak kan ku hampa,
dulu kita tak ada apa-apa,
kau korban usiamu buat kami cerah mata,
kau ajar aku erti kasih semata,
usia kecilku tak pernah kau biar saja,
suapan nasimu tika mak ayah kerja,

kau ajar kami erti kehidupan sementara,
kau ajar eratkan kasih keluarga,
kau korbankn rasa seronokmu di usia muda,
demi adik-adikmu supaya jadi manusia,

aku hampir berjaya,
hasil letermu dikala aku rasa bahagia,
kau ingatkan dengan ceriata neraka,
takut ku cuma seketika,
tapi ingtanku tak pernah lupa
selamat hari lahir buat kakak ku shafarina,
semoga Allah membalas segala jasamu sehingga Tua,
pengorbananmu pada keluarga tak kan ku lupa,
dari adik-adikmu dan abgmu yang kau cinta.

Saturday, January 12, 2013

K.E.R.D.I.L


kerdil,


ya! ini aku rasa,
aku sibuk dalam kerja dunia,
aku leka dengan setiap nikmat kau saja,
aku sibuk mengejar dunia,
aku, aku tahu cuma pinjaman saja,
aku tersedar saat terlihat puisi yang didengar,
aku mengangis kerna aku rasa kurang penyabar,

aku baca Gaza ditindas,
aku lihat kekasih-kekasihmu senyum segar,
aku lihat jenazah merekar senyum mekar,
aku alpa, aku pikir gembira saja,
tanpa pikir hidup mungkin hidup dijannah,
tanpa ambik iktibar dan sunnah,
aku yang masih hanyut......
aku mahu tersedar,

bukan mahu tapi perlu,
kau berikan aku sihat tubuhku,
kau berikan kelemahan supaya aku tahu apa erti kesusahan,
kau berikan aku kejayaan demi kejayaan, supaya aku tahu erti kesyukuran,

masih adakah maaf untukku,
masih ragu cintamu padaku,
maafkan aku, aku tahu cintamu apadaku tulus tanpa ragu,

hanya kau saja dihatiku,
YA ALLAH berikan aku peluang untuk buktikan cintaku padamu, 
agar aku mampu mati senyum mekar seperti kekasihmu,
ingin aku meniti jannah mu,

A.Y.A.H



sebak, 

sambil jawab final,
toleh tengok jam 10.35 :(
masih ingat waktu ini 2 tahun yang lalu,
tarikh keramat ini 10.1.2011,
aku kehilangan teman, kawan, sahabat,
aku kehilangan teman, kawan, sahabat,

AYAH.. 

Hampir genab hari ini, 2 tahun pemergiannya,
hampir 2 tahun aku tidak pannggil AYAH,

CEMBURU,

itu sifat aku, dikala lihat teman2 bercerita tentang AYAH,
kerna, sehebat mana cerita mereka,
aku tetap rasa AYAH aku paling the best dalam dunia,
rindukan suapan nasi dari tangannya,
rindukan bebelan subuh darinnya,
rindukan urutan tangan dikepala saat sakit menjelma,

ayah,

cek dah last year dan sekarang dah final,
bila ayah ada, 
ayah selalu kata,
ayah tak mintak result gempaq2 dari kak,
cukuplah dengaq anak ayah masuk U, tu pun ayah dah gembira,
hari-hari ku tak penah lupa dia,
titipan doaku padanya x pernah lupa,
sambil taip mengalir air mata, 
kerna jasamu aku masih hidup didunia.. 
mohon sedekahkan AL-FATHIAH buat ayah ku disana, 


10.10.13 

C.A.N.T.I.K


cantik, 

hebatnya pakainya,
megahnya jenamanya,
mesti orang kaya,
kata cendiakiawan pula,
buruk perangainya,
huduh bahasanya,
kasar lakunya,

eh kenapa pula?

cantik itu luaran semata,
kena jaga hati orang sama,
kata orang tak kaya tak apa,
asal budi bahasa penuh didada,
lempar kemana-mana,
semua orang puji sentiasa,

Tapi..

dia tak sepandai mana,
tahu bergaya mengikut masa,

kata lagi cendiakiwan..
itu namanya buruk semua,
jangan harap muka yang lawa tp isi tak ada apa..

renungkan selamat hayati :)

Friday, January 11, 2013

S.E.P.I


Malam…
Sunyi sepi…
Bermimpi seorang diri…
Hidup menyendiri….
Dalam hati ini…
Ingin bersama
Ambil ku datang kemari
Berlari bersama
Hidup bersama
Supaya aku x sunyi lag
Kerna aku takut mati menyendiri
Bawalah aku jauh dari reality
Yang aku sunyi sepi..
Aku tak nak berjaga lagi
Aku mahu berlari dari soal yang tak diingini
aku sedar dari lena mimpi,
termenung lama sendiri
kenapa perlu takut lagi
aku ada yang maha esa.. ALLAH
tersenyum lebar sendiri kerna tak takut lagi…
aisyah 0025 mlm sabtu